Tuesday, 27 April 2010

Kaherah VS (Mansuroh, Dumyat & Tanta)

Isu perpindahan mahasiswa/wi Al-azhar yang katanya akan dipindahkan bg sesi baru akan datang hangat diperkatakan skrg.

Relevankah tindakan memindahkan semua pelajar wafidin wafidat ini? Apakah motif utama perpindahan ini? Kalau benarlah keberjayaan perpindahan 3 cawangan yg pertama ini iaitu Tanta, Mansuroh dan Dumyat, banyak permasalahan akan timbul.

Tidak terfikirkah dimanakah mahu meletakkan ratusan pelajar yang bakal berpindah ini?? Dengan kos hidup yang makin mahal apatah lagi di Kaherah ini, akan menjadi antara permasalahan utama bg shbt2 yg bakal dipindahkan ini!!! Nak carik rumah sewa sekitar Kaherah dengan kos yang agak murah adalah mustahil sekali !! Fikirlah mana nak carik rumah sewa dlm kuantiti yang byk sejurus mereka akan dipindahkan!!

Tidak semua pelajar kita disini dari kalangan yang mampu..Ana yang duk rumah sewa di Kaherah yang perlu membayar LE 1000 sebulan dibahagikan 4 ahli bait..terasa cam nak tercekik membayarnya.. ni kan pula mereka yang datang dr kalangan yang kurang berkemampuan yang hanya bergntung pd zakat semata-mata!!

Permasalahan lain, kalau setakat nk dipindahkan bole la dterima akal lagi, tapi kalo kne tukar kuliah dan kena bermula dari tahun 1 semula..adakah ini logik?? Tak relevan langsung kalau yang dah naik thn 4 nt, tiba2 ble da tukar Kaherah kne mengulang thn 1 smula..Aishh sungguh tidak berasas langsung!!!

Konon isu penggunaan bahasa arab ammi dikuliah di furu'2 ini,menjadi salah satu motif disuruh berpindah, adalah tidak logik langsung!!! Saban tahun ramai je keluaran Al-Azhar dari furu ini dilahirkan. Isu ini sepatutnya tak perlu diperbahaskan lagi, kerana di Kaherah masih terdapat juga, sesetengah dari para tenaga pensyarah masih juga bersyarah dalam bahasa ammi. Jadi, apa natijahnya kalau la semua mereka ini dipindahkan?? Sama je 2 kali 5 kan??

Fikir secara positif memangla berfaedah kalau semua pelajar ditempatkan di Kaherah. Tapi, kalau dibuat serentak memindahkan semua pelajar ini bakal menimbulkan kekacauan, kesusahan, kerumitan dan macam2 masalah lagi. Apa salahnya, biar shj sbht2 kita disana menghabiskan sisa pengajian mereka disana. Biarkan aje kata orang. Kalau nk buat sgt, tunggu la adik baru yang bakal sampai, ermm letak sangat la mereka semua di Kaherah nanti.

Kalau benarlah isu perpindahan ini melibatkan juga dalang-dalang lain supaya berbuat bgtu, Wallahu'alam, ana rasa, berfikirlah secara waras dalam membuat sesuatu tindakan. Tapi tak kan tbe2 pokok bergoyang tanpa angin yang meniupnya kan.

Ya Allah bantulah hamba-hambamu fi sabilillah ini,, kuatkanlah thabatkan kami dalam meniti setiap ujianMU ini...Amin Ya Rabb..Hanya keredhaan Mu yang didambakan dalam setiap liku perjalanan yang sekelumit ini...

Sirru ala barakatillah.

Saturday, 24 April 2010

FITNAH WANITA (BHGIAN 1)

Ditujukan buat muslimah yg ingin menjaga dirinya dari perkara yg diharamkan Allah swt dan selalu berupaya utk menempuh jalan guna mencapai ridhanya danjuga kpd setiap muslim dan muslimah khususnya muslimah yg ingin bertaqwa kpd Rabb-nya Tabaraka wa Ta'ala [sekitar pemeliharaan wanita dan menghalangi mereka agar tdk terjerumus
ke dlm apa yg telah terjerumus di dalamnya sebahagian wanita ].

Allah swt telah berfirman: Dan persaksikanlah dgn 2 org saksi dari org-org lelaki diantaramu. Jika tdk ada 2 org lelaki,maka (boleh) seorg lelaki dan 2
org wanita dari saksi2 yg kamu redhai, supaya jika seorg lupa maka yg lain mengingatkannya [Al-Baqarah:282]

Dan berfirman pula Allah swt: Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita
dgn keutamaan yg telah Allah berikan kpd sebagian mereka (lelaki) atas sebahagian yg lain (wanita) dan krn apa yg telah mereka nafkahkan dr harta
mereka. Maka wanita2 yg solehah adalah mereka yg taat dan menjaga dirinya ketika tdk ada suaminya krn Allah telah menjaga mereka....[An-Nisa:34]

Sesungguhnya dari 2 ayat yg mulia ini menjadi jelas bagi kita tentang kekurangan seorg wanita pd akal dan perbuatannya. Pada ayat pertama Allah
swt menjelaskan kurangnya akal wanita, pemahaman serta hafalannya hingga dlm persaksiannya diperlukan ketelitian.

Sedangkan pd ayat ke-2 Allah swt menjelaskan kurangnya wanita dlm perbuatan dan tingkah lakunya. Dan bahwasanya wnaita memerlukan seorg pemimpin yg
memegang urusannya. Oleh krn itu wajib bagi kaum lelaki utk membimbing kaum wnt dan memimpin mereka agar melengkapi kekurangan yg ada pd mereka.
Allah swt berfirman: Dan bagi laki2 mempunyai satu darjat keutamaan atas wanita dan Allah Maha Mulia lagi Maha Hakim [Al-Baqarah 228]

Sesungguhnya setiap sesuatu yg lebih besar bahayanya akan lebih besar tanggung jawabnya. Demikian pula setiap sesuatu yg lebih banyak menyebabkan fitnah harus lebih besar perhatian kita terhadapnya.

Sungguh, kita hidup dizaman yg berbahaya penuh dgn jalan2 fitnah dgn dibukanya utk kita perhiasan dunia dan sampainya budaya2 asing kpd kita
secara langsung ataupun melalui media masa. Disebabkan keadaan yg demikian, ditambah lagi krn lemahnya sebagian besar kaum laki2 dan lalainya mereka dari tanggung jawab mereka atas kaum wnt,maka jatuhlah kebanyakan kaum
wanita kedalam fitnah2 dan sebagainya.

Mereka jatuh ke jurang bahaya,sehingga kita lihat seorg wanita muda keluar rumah dgn pakaian yg menggoda, pakaian mini atau pakaian yang menutupi seluruh badan tapi sempit. Tdk ada pdnya, kecuali skirt pendek atau panjang yg terkadang mudah
dibuka angin atau terkadang ia sendiri yg mengangkatnya dgn sengaja.

Kita lihat seorg muslimah, jarang wanita yg telah menutup auratnya keluar dr rumah dgn memakai perhiasan gelang emasnya, kemudian dgn sengaja
pula menyingkap lengannya agar terlihat perhiasannya, seakan akan ia berkata "Lihatlah apa yg ada pdku". Ini sungguh suatu fitnah yg besar dan
ujian yg berat. Demikian juga wanita2 yg keluar rumah dgn wangian-wangian yg semerbak harumnya yg menjadi fitnah bagi setiap lelaki yg dihatinya ada penyakit, sehingga terkadang menggoda dan merayunya. Dan juga menjadi fitnah wnt2 yg berjalan sambil bersenda gurau dan tertawa dgn suara yg didengar oleh setiap org. Itulah diantara tingkah laku para wnt yg merupakan fitnah dan bahaya yg
besar. Adakah wanita2 dari keluarga kita juga berakhlak demikian? Akhlak mereka telah keluar dr ajaran Islam dan jauh dari jalan kaum muslimin

.Allah berfirman kpd para istri Nabi saw dan mereka merupakan teladan, mereka adalah wanita yg paling menjaga diri, paling mulia dan paling
tinggi darjatnya.

" Dan tetaplah kalian di rumah2 kalian Dan janganlah bertabarruj seperti tabarrujnya jahiliyah yg pertama [Al-Ahzab :33]

Nabi saw bersabda: “Janganlah kalian melarang para wnt kalian utk pergi ke
masjid dan rumah2 mereka lebih baik bagi mereka (HR.Abu Daud dr Ibnu Umar ra)
Dlm hadith diatas Rasul saw menyatakan bahwa rumah-rumah mereka lebih baik bagi
mereka. Lebih baik daripd apa??...Lebih baik daripada masjid2 Allah!!! Lalu
bagaimana halnya dgn wanita2 yg keluar ke tempat-tempat tidak sepatutnya??

Allah swt berfirman:

"Dan org2 tua dr kalangan wanita (lanjut usia) yg tdk mempunyai keinginan nikah lagi, tdk mengapa baginya melepas pakaian luarnya, dgn tdk bermaksud
menampakkan perhiasan [An-Nuur:60].


Yang dimaksudkan adalah wnt2 lanjut usia yg sudah terputus haid dan tdk dpt mengandung lagi. Mereka tdk berhasrat lagi utk menikah dan kaum lelaki pun
sdh tdk berkeinginan terhadapnya. Bagi wnt2 spt ini dibolehkan utk melepas pakaian yg biasa dipakai keluar contoh seperti tudung, dihadapan lelaki yg bukan mahramnya sekalipun. Namun tetap tdk dibolehkan utk berhias dan menampakkkan
perhiasan yg dipakainya (lihat Tafsir Ibnu Kathir, juz 3). Kalu saja wnt yg sdh tua dilarang berhias dan bertabarruj, maka bagaimana dgn wanita2 yg masih muda yg merekalah tempat fitnah?!

Allah swt berfirman:"Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya ke dadanya(An-Nuur:31)

Khimar(tudung) adalah kain yg digunakan utk menutup kepala sehingga dada. Jika seorg wnt "diperintahkan" utk menutupkan khimar ke dadanya agar tdk tampak apa yg ada di leher, telinga atau bahagian atas dada, lalu bagaimana mungkin wanita2 islam masih mempertentangkan hukum memakai
jilbab??

Allah Azza wa Jalla berfirman:"Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan [An-Nuur:31]

Yang dimaksud adalah bunyi gelang2 kaki yg mereka pakai yg tersembunyi (dibalik pakaiannya). Bila mereka menghentakkan kakinya, maka akan terdengar
suara gelang da sebagainya. Jika seorg wnt dilarang berbuat seperti ini agar diketahui perhiasaan kakinya yg tersembunyi, maka bagaimana dgn seorg wanita yg menyingkapkan kain lengannya agar terlihat perhiasan ditangannya?!

~AKAN BERSAMBUNG...

Monday, 12 April 2010

KUNJUNGAN MALAIKAT MAUT...


MALAIKAT MAUT: TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.


Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.


Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yamg lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".


Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.


Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.


Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.


Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.


Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.


Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.


Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.


Firman Allah Taala:

Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."

(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Sifat-sifat bergelar sahabat

12 Sifat SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan
menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


(petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali)

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..sudah seminggu usia ku menginjak ke peringkat seterusnya..Syukur atas kurniaan pertambahan usia dari Ya Allah..dan tak dilupakn juga buat shbt2 yg memberikan ucapan diiringi doa..moga2 kalian kan terus dirahmati..dan paling istimewa buat ibu dan ayah kerana kalian lah daku berada di muka bumi ini..pengorbanan kalian shgga saat ini tk mampu aku membalasnya dengan wang dan ringgit..hanya iringan doa dariku moga ayah ibu sntiasa dimurahkan rzki dan dipayungi dengan rahmat kasih sayang Allah swt.

Teristimewa juga, buat ahli-ahli bait yang menyediakan kek yg sangat comel dan cantik dan bersusah payah ats menu yg special..hehe..tak sanggup rasanya nak potong kek..tapi takkan nk jadikan perhiasan plak kan..huhu..nak tak nak terpaksa la jugak memotongnya..syukran jazilan buat ahli bait ku..moga adik-adik sume kan sntiasa dipayungi oleh rahmat dan keredhaan Allah swt.. amin ya Rabb..

Saat ini, emosi dan semangatku masih bercampur aduk dengan ntah pe2 ntah..teringat plak kenangan yg membuatkan diri ini jadi cam tk nak jd diri sndri..ish3..tkkn nak jd org len plak..ala kulli hal diri ini harus membangkitkan semangat untuk mengadap kitab2 bagi menghadapi imtihan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi..Hanya dorongan ibu ayah dan sahabat2, diri ini masih lagi teguh meneruskan perjuangan mengaut segala permata2 di muka bumi ini..jazakallah khairan jaza' buat semua yang sentiasa memberikan daku seribu dorongan mahupun kata-kata semangat yang amat bermakna buat diri ini..aku kena yakin dengan diri sendiri..!!!ANDA BOLEH!!

Akhirnya..harapan ku moga diri ini terus thabat meneruskan baki-baki akhir kehidupan ini..kerna daku tidak tau saat akhir bilakah aku berada di muka bumi ini..oleh itu, manfaat kan ia sebaiknya demi untuk ISLAM..insyaAllah..amin ya Rabb..

Sirru ala barakatillah..

Monday, 5 April 2010

04042010


Saat ini, ku bingkiskan buat sahabat-sahabat PERMATA, moga kalian terus thabat dan bersemangat dalam meneruskan perjuangan. Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, itulah hakikat kehidupan di dunia ini.. Moga kalian terus dilimpahkan keberkatan dan keredhaan didalam setiap amalan yang dilakukan..

"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiiring dengan ku dan menjaga nama baikku. Ketika aku hidup dan selepas mati. Kuhulurkan tanganku kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang, semakin ramai sahabat aku semakin percayakan diri ini dan selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka duka."(Imam As-syafei).

Selamat berjuang sahabat-sahabatku..
PERMATA dalam kenangan...