Tuesday 27 April 2010

Kaherah VS (Mansuroh, Dumyat & Tanta)

Isu perpindahan mahasiswa/wi Al-azhar yang katanya akan dipindahkan bg sesi baru akan datang hangat diperkatakan skrg.

Relevankah tindakan memindahkan semua pelajar wafidin wafidat ini? Apakah motif utama perpindahan ini? Kalau benarlah keberjayaan perpindahan 3 cawangan yg pertama ini iaitu Tanta, Mansuroh dan Dumyat, banyak permasalahan akan timbul.

Tidak terfikirkah dimanakah mahu meletakkan ratusan pelajar yang bakal berpindah ini?? Dengan kos hidup yang makin mahal apatah lagi di Kaherah ini, akan menjadi antara permasalahan utama bg shbt2 yg bakal dipindahkan ini!!! Nak carik rumah sewa sekitar Kaherah dengan kos yang agak murah adalah mustahil sekali !! Fikirlah mana nak carik rumah sewa dlm kuantiti yang byk sejurus mereka akan dipindahkan!!

Tidak semua pelajar kita disini dari kalangan yang mampu..Ana yang duk rumah sewa di Kaherah yang perlu membayar LE 1000 sebulan dibahagikan 4 ahli bait..terasa cam nak tercekik membayarnya.. ni kan pula mereka yang datang dr kalangan yang kurang berkemampuan yang hanya bergntung pd zakat semata-mata!!

Permasalahan lain, kalau setakat nk dipindahkan bole la dterima akal lagi, tapi kalo kne tukar kuliah dan kena bermula dari tahun 1 semula..adakah ini logik?? Tak relevan langsung kalau yang dah naik thn 4 nt, tiba2 ble da tukar Kaherah kne mengulang thn 1 smula..Aishh sungguh tidak berasas langsung!!!

Konon isu penggunaan bahasa arab ammi dikuliah di furu'2 ini,menjadi salah satu motif disuruh berpindah, adalah tidak logik langsung!!! Saban tahun ramai je keluaran Al-Azhar dari furu ini dilahirkan. Isu ini sepatutnya tak perlu diperbahaskan lagi, kerana di Kaherah masih terdapat juga, sesetengah dari para tenaga pensyarah masih juga bersyarah dalam bahasa ammi. Jadi, apa natijahnya kalau la semua mereka ini dipindahkan?? Sama je 2 kali 5 kan??

Fikir secara positif memangla berfaedah kalau semua pelajar ditempatkan di Kaherah. Tapi, kalau dibuat serentak memindahkan semua pelajar ini bakal menimbulkan kekacauan, kesusahan, kerumitan dan macam2 masalah lagi. Apa salahnya, biar shj sbht2 kita disana menghabiskan sisa pengajian mereka disana. Biarkan aje kata orang. Kalau nk buat sgt, tunggu la adik baru yang bakal sampai, ermm letak sangat la mereka semua di Kaherah nanti.

Kalau benarlah isu perpindahan ini melibatkan juga dalang-dalang lain supaya berbuat bgtu, Wallahu'alam, ana rasa, berfikirlah secara waras dalam membuat sesuatu tindakan. Tapi tak kan tbe2 pokok bergoyang tanpa angin yang meniupnya kan.

Ya Allah bantulah hamba-hambamu fi sabilillah ini,, kuatkanlah thabatkan kami dalam meniti setiap ujianMU ini...Amin Ya Rabb..Hanya keredhaan Mu yang didambakan dalam setiap liku perjalanan yang sekelumit ini...

Sirru ala barakatillah.

1 comments:

Rusli said...

ye...artikel yang sangat menarik....

Post a Comment