Friday, 31 July 2009

Bermulanya langkah...

Alhamdulillah..
Syukur selamanya ku panjatkan kerana dapat nafas ini menghirup udaraMu..
Setinggi kesyukuran juga, ku rafa'kan atas nikmat kejayaan yang telah diberikan kepadaku..Alhamdulillah.

Mungkin ini titik permulaan jemari ini leka melakar kalam-kalam yang ku sendiri tidak pasti apa pengakhirannya. Harapanku moga-moga dengan terbinanya laman yang serba dhaif ini dapat mencurahkan sedikit pengalaman buat diri yang serba kekurangan ini.

Natijah imtihan sudah pun aku perolehi..syukran lillah atas nikmat Mu Ya Allah..Penantianku telah dimakbulkan..syukur Alhamdulillah..tapi disebalik gembira terselit duka..teringat kembali kenangan stadi kita bersama..

Sahabat-sahabatku kejayaan ini adalah buat kamu semua..tanpa kalian tak mampu diri ini menggapai natijah yang ada kini..kalianlah semangatku..walaupun ada sebahagian kita tidak dapat bersama lagi untuk tahun akhir nanti, bukan bermakna, berakhirnya ukhwwah kita. Percayalah, mentari pasti akan bersinar juga akhirnya, moga kalian tidak pernah futur untuk terus menggapai bintang di langit. Ku kan sentiasa mendoakan kejayaan sahabat-sahabatku di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Akhirnya, mudah-mudahan ada peluang untuk aku terus menghiasi laman yang serba kekurangan ini..wa ilal liqo'..

Sirru ala barakatillah..

0 comments:

Post a Comment