Hanya tinggal sehari sahaja kita akan menghadapi Ramadhan pada tahun ini. Moga-moga dengan kedatangan ianya pada kali ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita selaku bergelar muslim yang sejati.
Mafhum Hadith :
“ Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kerelaan hati, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu. – Sahih Bukhori
Ramadhan adalah bulan yang bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannnya. Bulan Ramadhan adalah satu fatrah yang mana untuk menguji tahap kesabaran , waktu yang menguji untuk memberikan ihsan kepada orang yang tidak berkemampuan dan juga bulan mulia untuk menambah amal ibadat.
Rasulullah saw telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dilakukan pada bulan Ramdhan ini, iaitu :-
1) Melazimkan perkataan-perkataan yang baik
2) Sentiasa beristighfar.
3) Sentiasa berdoa untuk memasuki Syurga.
4) Berdoa agar berlindung dari azab Neraka.
Rasulullah saw telah mengajar para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai satu amalan pada bulan Ramadhan dan ianya juga adalah satu batu loncatan yang mana boleh melaziminya walaupun telah berakhirnya bulan yang mulia ini.
Abu Said Al-Khudri ra meriwayatkan bahawa “ Suatu ketika Nabi Musa as memohon kepada Allah swt agar diberikan satu kalimat khas yang mana dapat Baginda sentiasa mengingati Allah swt dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah swt menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Allah Musa as berkata : “ kalimah ini dibaca oleh semua hambaMu, aku mengkehendaki yang khusus”. Lalu Allah swt menjawab : “ Wahai Musa , jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung dalamnya, kecuali Aku diletakkan ke dalam sebuah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu yang lain”.
Di dalam hadith yang lain pula, dinyatakan jika seseorang menyebut kalimah yang taiyibah ini, iaitu, ‘ Lailaha illallah ‘ dengan seikhlas hati , maka pintu syurga akan terbuka segera untuknya.
Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah swt menjanjikan akan memberi kita jalan keluar daripada kesukaran dan membebaskan kita daripada kesedihan. Malahan , sesiapa yang merperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah disangkakan . Kalimah Istighfar ini, tidak ada batasan dalam mengulanginya. Semakin kerap diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.
Disamping itu, kita digalakkan banyak memohon dan berdoa agar ditempatkan di dalam Syurga dan dijauhkan dari azab api Neraka. Dengan memperbanyakkan amalan-amalan diatas , maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi Bulan Ramadhan yang mulia ini disamping memperbanyakkan bacaan Al-QURAN.
Wallahu a’alam…
1 comments:
nice entry...
Post a Comment