Tuesday, 21 June 2011

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang

Ertinya


Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

H.R. Muslim

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya


Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1) Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2) Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3) Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4) Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5) Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(H.R Ibnu Majah)


Keterangan


Hadis di atas rnenerangkan bahawa

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.


2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.


3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.


4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.


5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Saturday, 18 June 2011

Ruh Daie...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang

Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di

kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan

beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak

keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu

menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini

masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika

hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca

sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu

kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama

kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi

meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan

itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa

pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan

memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga"

ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai

jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke

mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun

gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan

mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak

itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya

sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu

itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya

daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini

diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya

pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH

amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini

hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang

paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam

memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak

menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah

perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan

ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun

sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan

seorang Muslim.


Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya

keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak

matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga

menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan

hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk

terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada

anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.

Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng

ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng

ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan

terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.

Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,

maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat

sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang

paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup

pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan

tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat

asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang

menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat

alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak

disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya

ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula

yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya

yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada

anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu

anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang

seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada

makhlukNya yang penyayang

Friday, 17 June 2011

DIALOG RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS LAKNATULLAH ( SIRI 1 )

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.


Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras."


Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.


Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

"Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam A.S sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisahNabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.


Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya karana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?"


Taklimat Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya."


Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu."


Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.


PERTANYAAN NABI YANG PERTAMA :-


"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?"


Jawab Iblis:


"Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar karena ketakutan. Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah.



Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku."


PERTANYAAN NABI YANG KEDUA :-


"Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?"


Jawab Iblis:

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yangbukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat derhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.


Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Disana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.


Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat."


PERTANYAAN NABI YANG KETIGA :-


"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?"


Jawab Iblis:


"Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.


Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh karena itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa)yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.


Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.


Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahaladan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid'ah dan carut-marut.


Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langitserta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut."


BERSAMBUNG....

Tuesday, 14 June 2011

~ LA TAHZAN ~

Assalamu'alaikum...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.


Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut:


· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.


Dari itu...?


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.


Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Monday, 13 June 2011

MUNAJATKU...

Bismillahirrahmaanirrahim...Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah ,jika aku menikmati cinta hambaMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,jika aku jatuh hati pada hambaMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui hambaMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......Amin.

Wasiat terakhir Rasullullah SAW...

Bismillahirrahmanirrahim..


Mengimbau kembali lembaran sirah junjungan Rasulullah SAW , Padang Arafah menjadi satu medan yang terpalit satu peristiwa menyentuh hati dan mengharukan umat manusia yang mempunyai tunjang aqidah keimanan. Disinilah tempat nya Baginda Rasulullah SAW menyampaikan amanat wasiat terakhir sebelum meninggalkan seluruh umat yang dikasihi oleh Baginda.


Namun, sesudah Baginda wafat Islam mula berpecah-pecah antara fahaman dan kepercayaan terhadap pemerintahan selepas kewafatan Rasullullah SAW. Akan tiba akhir zaman , manusia akan berpecah kepada 73 golongan yang mana hanya satu sahaja golongan yang akan diterima oleh Allah SWT iaitu golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.


Allah SWT telah merakamkan di dalam Al-Quran mafhumnya,

“Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Maidah ayat 31)


Manakala selebihnya 72 golongan adalah terdiri daripada golongan-golongan :

1) Syiah = 22 golongan

2) Khawarij = 20 golongan

3) Muktazilah = 20 golongan

4) Murjiah = 5 golongan

5) Najjariah = 3 golongan

6) Jabbariyah = 1 golongan

7) Musyabbihah = 1 golongan


Secara khulosahnya, perpecahan dan perselisihan ini merupakan satu hikmah dari Allah SWT untuk menguji hamba-bambaNya hingga menampakkan siapa yang mencari kebenaran yang sebenar dan siapa yang mementingkan hawa nafsu dan sifat fanatisme itu sendiri.


Dan Allah SWT berfirman mafhumnya :


Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh TuhanMu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusanNya) telah ditetapkan : “ Sesungguhnya Aku akan memenuhkan Neraka Jahanam dengan Jin dan Manusia yang derhaka semuanya.

( Surah Hud ayat 118-119)


Sebagai renungan dan peringatan untuk kita bersama, mari kita renungi kembali khutbah terakhir Rasulullah SAW sebagai wasiat amanat terakhir untuk umat-umat Baginda yang dikasihi oleh Baginda. Ianya sebagai peringatan untuk kita hamba yang ada ketika nya hanyut dibawa arus dunia yang kadang-kala tanpa sedar melekakan kita sebagai hamba yang lemah.


“ Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada Nya. Kita berlindung dengan Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayah kepadnaya, maka tidak ada sesiapa yang bolej menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah,maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaaatiNya.”


Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia ! Dengarkan apa yang bakal ku katakana. Aku tidak tau adakah aku dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.


1) Sesungguhnya darah kamu, harta benada kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan pada hari ini, bulan ini dan Bandar ini ( Makkah dan kawasan sekitarnya)

2) Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punya nya.


3) Ingatlah ! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan)


4) Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Inu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad dan kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


5) Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutallib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.


6) Wahai manusia ! Takutilah Alllah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanat daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepadamu, maka wajiblah ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.


7) Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seseoatang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.


8) Jangan kamu menjadi kafir selepas pemergianku, dimana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni Al-Quran dan As-Sunnah.


9) Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru kepada kamu menyembah Allah SWT, dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci TuhanMU ( Kaabah) untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.


10) Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal dari Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang bertaqwa terhadapa Allah SWT. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.


11) Allah SWT telah menetapkan hak menerima harta pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah keatas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.


12) Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “ Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda SAW mengangkat tangan ke langit dan menurunkan nya ke arah orang ramai sambil berkata, “ Ya Allah ! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya dia Arafah ialah Rabiah bin Umayyah bin Khalaf r.a.


Secara khulosahnya, marilah sama-sama kita renungi dan muhasabah kembali dimanakah tahap kita yang mengaku dirinya sebagai Umat Rasulullah SAW . Marilah sama kita renungi setiap nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita selaku umat Baginda SAW iaitu umat akhir zaman ini.


Firman Allah SWT yang bermaksud :


Maksudnya : “ Wahai-wahai orang yang beriman ! Ingatlah nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu, ketika suatu kaum bermaksud hendak menyerangmu dengan tangannya, lalu Allah menahan tangan mereka dari kamu, Dan bertakwalah kepada Allah SWT , dan hanya kepada Allah lah hendaknya orang-orang beriman itu bertawakal. ( Al-Maidah ayat 11 )