Bismillahirrahmanirrahim..
Mengimbau kembali lembaran sirah junjungan Rasulullah SAW , Padang Arafah menjadi satu medan yang terpalit satu peristiwa menyentuh hati dan mengharukan umat manusia yang mempunyai tunjang aqidah keimanan. Disinilah tempat nya Baginda Rasulullah SAW menyampaikan amanat wasiat terakhir sebelum meninggalkan seluruh umat yang dikasihi oleh Baginda.
Namun, sesudah Baginda wafat Islam mula berpecah-pecah antara fahaman dan kepercayaan terhadap pemerintahan selepas kewafatan Rasullullah SAW. Akan tiba akhir zaman , manusia akan berpecah kepada 73 golongan yang mana hanya satu sahaja golongan yang akan diterima oleh Allah SWT iaitu golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Allah SWT telah merakamkan di dalam Al-Quran mafhumnya,
“Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Maidah ayat 31)
Manakala selebihnya 72 golongan adalah terdiri daripada golongan-golongan :
1) Syiah = 22 golongan
2) Khawarij = 20 golongan
3) Muktazilah = 20 golongan
4) Murjiah = 5 golongan
5) Najjariah = 3 golongan
6) Jabbariyah = 1 golongan
7) Musyabbihah = 1 golongan
Secara khulosahnya, perpecahan dan perselisihan ini merupakan satu hikmah dari Allah SWT untuk menguji hamba-bambaNya hingga menampakkan siapa yang mencari kebenaran yang sebenar dan siapa yang mementingkan hawa nafsu dan sifat fanatisme itu sendiri.
Dan Allah SWT berfirman mafhumnya :
Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh TuhanMu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusanNya) telah ditetapkan : “ Sesungguhnya Aku akan memenuhkan Neraka Jahanam dengan Jin dan Manusia yang derhaka semuanya.
( Surah Hud ayat 118-119)
Sebagai renungan dan peringatan untuk kita bersama, mari kita renungi kembali khutbah terakhir Rasulullah SAW sebagai wasiat amanat terakhir untuk umat-umat Baginda yang dikasihi oleh Baginda. Ianya sebagai peringatan untuk kita hamba yang ada ketika nya hanyut dibawa arus dunia yang kadang-kala tanpa sedar melekakan kita sebagai hamba yang lemah.
“ Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada Nya. Kita berlindung dengan Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayah kepadnaya, maka tidak ada sesiapa yang bolej menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah,maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaaatiNya.”
Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia ! Dengarkan apa yang bakal ku katakana. Aku tidak tau adakah aku dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
1) Sesungguhnya darah kamu, harta benada kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan pada hari ini, bulan ini dan Bandar ini ( Makkah dan kawasan sekitarnya)
2) Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punya nya.
3) Ingatlah ! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan)
4) Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Inu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad dan kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5) Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutallib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6) Wahai manusia ! Takutilah Alllah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanat daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepadamu, maka wajiblah ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7) Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seseoatang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8) Jangan kamu menjadi kafir selepas pemergianku, dimana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni Al-Quran dan As-Sunnah.
9) Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru kepada kamu menyembah Allah SWT, dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci TuhanMU ( Kaabah) untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10) Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal dari Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang bertaqwa terhadapa Allah SWT. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11) Allah SWT telah menetapkan hak menerima harta pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah keatas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.
12) Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “ Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda SAW mengangkat tangan ke langit dan menurunkan nya ke arah orang ramai sambil berkata, “ Ya Allah ! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya dia Arafah ialah Rabiah bin Umayyah bin Khalaf r.a.
Secara khulosahnya, marilah sama-sama kita renungi dan muhasabah kembali dimanakah tahap kita yang mengaku dirinya sebagai Umat Rasulullah SAW . Marilah sama kita renungi setiap nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita selaku umat Baginda SAW iaitu umat akhir zaman ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Maksudnya : “ Wahai-wahai orang yang beriman ! Ingatlah nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu, ketika suatu kaum bermaksud hendak menyerangmu dengan tangannya, lalu Allah menahan tangan mereka dari kamu, Dan bertakwalah kepada Allah SWT , dan hanya kepada Allah lah hendaknya orang-orang beriman itu bertawakal. ( Al-Maidah ayat 11 )
0 comments:
Post a Comment