Friday 31 July 2009

HAYAT '09 HEWI PMRAM

Alhamdulillah..selama 3 hari berkampung di HAYAT '09..berlabuh jua tirainya..banyak agenda menarik diadakan antara pertandingan bola jaring dan acara terbaru julung kali diadakan dengan ahli HEWI iaitu Explorace..Macam tak percaya jugak, ustazah-ustazah Mesir ini ber'explorace', tapi berkat kesabaran dan berjiwa besar, Alhamdulillah semua cek point dapat dilawati bermula dari Nadi Syabab Musalas, Hayyu Asyir, Rab'ah, Markaz HEWI PMRAM dan cek point terakhir di RKB Hayyu Sabie.

Banyak lagi agenda sepanjang HAYAT '09 ini diadakan antaranya bazar dan pameran.
Tidak ketinggalan juga, acara dewan yang rata-rata para peserta yang mengikutinya, membuat kesimpulan bahawasanya aktiviti yang dijalankan berjaya menarik hati para peserta disamping memberi banyak input-input yang membuka minda mahasiswi Al-Azhar masa kini bukan hanya dari aspek agama sahaja tapi memandang jua aspek-aspek lain antaranya perubatan, isu mahasiswa dan juga isu dunia globalisasi.

Selain itu juga, bazar juga mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja dikalangan mahasiswi tetapi juga dikalangan mahasiswa. Alhamdulillah. Bagi diri ini, objektif HAYAT '09 ini untuk merapatkan ukhwah diantara setiap BKAN dan DPM tercapai kerana melihat kerjasama dari semua pihak tanpa menghiraukan penat dan panas untuk menjayakan program ini samada untuk bazar dan pameran dan kesungguhan mereka untuk menyahut seruan bahawasanya mahasiswi kita disini bukanlah lemah dan sebenarnya mempunyai satu semangat yang perlu disuntik supaya dapat melahirkan siswi-siswi yang berketrampilan, InsyaAllah..

Ayuh majukan diri kita selaku Srikandi !!

0 comments:

Post a Comment