Saturday 1 August 2009

Wasiat Nabi Adam a.s

Wasiat Nabi Adam a.s.


1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat.
2. Jika kamu hendak megerjakan sesuatu, lihatlah dan fikirkanlah kesudahannya.
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu, maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu.


Secara ringkasnya, 3 perkara utama jika ingin melakukan sesuatu perkara:


a. Gelisah, jangan buat.

b. Lihat dan fikirkan kesudahannya.

c. Bawa berunding.


Berkata Abu Darda’:


"Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Bila kita renung-renungkan kembali kalam diatas, banyak istifadah yang boleh kita jadikan ingatan terhadap diri kita, kadang kala perlakuan kita saban hari tanpa di sedari pasti ada cacat celanya, samada tutur kata kita bersama ibu bapa, teman-teman dan lain-lain lagi. Namun adakah kita sedar kesalahan atau lancangnya lidah kita menutur kata-kata yang tak sepatutnya kita lafazkan kepada tempat yang tidak sepatutnya.


Saya tertarik dengan point yang kedua, iaitu "Jika kamu hendak megerjakan sesuatu, lihatlah dan fikirkanlah kesudahannya". Tentu sahabat-sahabat sekalian boleh mentafsirkannya dalam pelbagai maksud. Sesuatu perkara yang kita lakukan ada kalanya kita lakukan tanpa kita berfikir terlebih dahulu akan mengundang satu masalah yang lebih besar. Contohnya, kalam pertuturan kita dalam seharian kadang-kadang bisa membawa pelbagai makna yang cukup mendalam sekiranya kita bercakap tidak menggunakan intonasi ataupun bahasa yang tidak sedap untuk didengar. Terutamanya dalam konteks kita berbual-bual dengan teman-teman. Apa yang saya perhatikan, penggunaan kata-kata atau pun intonasi bahasa penting untuk menjadikan percakapan seharian kita tidak menimbulkan rasa sakit hati antara satu sama lain.


Jadi secara kesimpulannya, marilah sama2 kita berfikir secara rasional adakah kalam pertuturan seharian kita ini pernah mengguris hati dan perasaan orang lain atau sebaliknya? Dewasa ini, marilah kita sama-sama menjadi insan yang benar-benar menggunakan ilmu yang kita ada untuk bercakap dan bukanlah bercakap dengan menggunakan lidah yang pastinya kita tahu ianya tidak bertulang. Janganlah kita pandai untuk berkata-kata sekadar mahu cari kesalahan orang lain ataupun bercakap menggunakan nafsu untuk memuaskan hati sendiri, tetapi bercakaplah diatas mizan yang sebaiknya agar pertuturan kita dalam seharian mengundang rasa toleransi dan mahabbah untuk mengukuhkan ukhwwah sesama umat islam.


Sekadar peringatan untuk diri yang dhaif dan juga sahabat2 agar kita sentiasa muhasabah diri.


Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment